Aktiviti 2025
Majlis Iftar Ramadan Majlis Daerah Kinabatangan 2025
Majlis Iftar Ramadan 2025 Majlis Daerah Kinabatangan merupakan program yang dianjurkan oleh Majlis bagi meraikan keindahan bulan Ramadan serta mengeratkan ukhuwah antara warga kerja Majlis Daerah Kinabatangan. Majlis ini diisi dengan bacaan doa, tazkirah ringkas, Sumbangan khas dari Majlis Daerah Kinabatangan dan jamuan berbuka puasa bersama. Majlis ini bertujuan memupuk semangat kebersamaan, menggalakkan budaya saling menghormati, serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam suasana penuh keberkatan dan harmoni selaras dengan nilai-nilai perkhidmatan awam.
Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Kinabatangan Sesi 2025-2027
Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Kinabatangan diadakan bagi meraikan pelantikan rasmi ahli-ahli majlis yang baharu dilantik. Dalam majlis ini, setiap ahli majlis mengangkat sumpah taat setia dan menandatangani ikrar sebagai tanda komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, mematuhi undang-undang, serta berkhidmat demi kepentingan masyarakat. Majlis ini turut menjadi simbol permulaan rasmi perkhidmatan mereka dalam menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan organisasi atau pihak berkuasa tempatan.
Program Ibadah Korban Majlis Daerah Kinabatangan 2025
Program Ibadah Korban Majlis Daerah Kinabatangan diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M sebagai salah satu usaha memupuk semangat pengorbanan dan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga Majlis. Melalui program ini, penyembelihan haiwan korban dilaksanakan mengikut syariat Islam, dan dagingnya diagihkan kepada golongan asnaf, fakir miskin, serta penerima terpilih di sekitar komuniti setempat. Penganjuran ini bukan sahaja memenuhi tuntutan agama, malah menggalakkan kerjasama, semangat prihatin, dan kebersamaan dalam kalangan warga Majlis.
Penyerahan Tapak Pasar Tamu Kota Kinabatangan
Telah berlangsung majlis pencerahan Tapak Pasar Tamu Kinabatangan kepada pihak Majlis Daerah Kinabatangan.Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Pengarah FAMA Negeri Sabah diserahkan kepada Encik Ekxsan bin Hj. Mohammad mewakili Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan
Majlis Penyerahan Bantuan Khas (Bantuan UNTUKMU)
Majlis Penyerahan Bantuan Khas untuk Peniaga Kecil dianjurkan sebagai inisiatif menyokong dan mengukuhkan daya saing usahawan mikro serta peniaga kecil tempatan. Bantuan yang disalurkan merangkumi peralatan perniagaan, modal tambahan, atau sokongan lain yang dapat membantu meningkatkan pendapatan dan kelangsungan perniagaan. Program ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada para peniaga untuk terus maju, selain memperkukuh hubungan antara pihak penganjur dengan komuniti setempat.
Kejohanan Bolasepak PE Cup 2025
Kejohanan bolasepak ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Kinabatangan. Kejohanan telah diadakan di Padang Majlis Daerah Kinabatangan. 3 pasukan bolasepak terdiri daripada pemain-pemain di kalangan kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan telah menyertai kejohanan kali pertama ini. Johan telah disandang oleh pasukan Penolong Pegawai Eksekutif II (PPE II), diikuti oleh pasukan Pegawai Eksekutif (PE) di tempat kedua. Pasukan Penolong Pegawai Eksekutif I (PPE I) menduduki tempat ketiga. Pasukan bolasepak wanita Majlis Daerah Kinabatangan yang baru ditubuhkan pada tahun 2025 turut turun padang menentang pasukan bolasepak wanita KEMAS Daerah Kinabatangan.
Majlis Pecah Tanah Bandar Baharu Seri Milian
Majlis pecah tanah Bandar Baharu Seri Milian, Kota Kinabatangan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.
Rakan Lestari Program Komuniti Hijau
Program Komuniti Hijau, Rakan Lestari ini dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kinabatangan dengan kerjasama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) serta Sektor Landskap dan Kelestarian KKTP.
Program Hari Cuci Malaysia
Hari Cuci Malaysia (HCM) 2025 ialah program pembersihan mega seluruh negara yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena World Cleanup Day. Program ini berkonsepkan gotong-royong serentak di seluruh negara dengan fokus kebersihan, pengasingan sisa, dan pengumpulan minyak masak terpakai.
Sabah Landscape Architecture Festival (SLAF) 2025
Sabah Landscape Architecture Festival (SLAF) 2025 merupakan acara besar yang meraikan seni landskap, inovasi hijau, dan kreativiti peringkat negeri Sabah yang bertemakan “Dialogue With The Wind” telah diadakan di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.
Sukan Tahunan MDKTN
Sukan Kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan 2025 ini telah dianjurkan oleh Majlis Bersama Jabatan bersama Kelab Sukan & Rekreasi Majlis Daerah Kinabatangan. Tujuan sukan ini dibuat adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 & Sambutan Hari Krismas 2025 Peringkat Majlis Daerah Kinabatangan
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 (APC) & Sambutan Hari Krismas 2025 Peringkat Majlis Daerah Kinabatangan telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang, dedikasi serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Majlis ini turut menjadi platform untuk mengiktiraf sumbangan berterusan kakitangan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
Lawatan Sambil Belajar Ke Majlis Daerah Semporna
Satu program Lawatan Sambil Belajar ke Majlis Daerah Semporna telah diadakan pada 28 hingga 30 Disember 2025. Program ini bertujuan untuk menambah pengetahuan serta perkongsian pengalaman berkaitan pengurusan pihak berkuasa tempatan, khususnya dalam aspek pelesenan.
![]()













