Majlis Serah Tugas Pegawai Eksekutif
Majlis Serah Tugas Pegawai Eksekutif telah berlangsung di Pejabat Daerah Kinabatangan yang melibatkan penyerahan tugas oleh Tuan Zuldahri bin Hj. Tujoh kepada Tuan Ali Adam bin Hj. Hamjah. Majlis telah disaksikan oleh Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Majlis Daerah Kinabatangan, Tuan Suhaime @ Suhaimi bin Ejip. Turut hadir bersama semasa majlis berkenaan adalah Penolong Pegawai Eksekutif I, Tuan Mohd. Ekxsan bin Hj. Mohammad dan Penolong Pegawai Eksekutif II, Tuan Azrin bin Hairin.
Selamat datang ke Majlis Daerah Kinabatangan Tuan Ali Adam dan selamat bertugas di tempat baharu Tuan Zuldahri.
![]()
