Sambutan Nisfu Syaaban 2026 Peringkat Majlis Daerah Kinabatangan
Sambutan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Kuamut, Majlis Daerah Kinabatangan dengan penuh kesederhanaan dan penghayatan. Program telah dihadiri oleh kakitangan Majlis Daerah sebagai pengisian rohani serta usaha memperkukuh ukhuwah sesama warga kerja.
Antara tentatif utama program ini ialah bacaan tahlil dan doa selamat bagi memohon kesejahteraan organisasi serta keberkatan dalam melaksanakan amanah perkhidmatan kepada masyarakat.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian bantuan kepada golongan asnaf di kalangan kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan yang terpilih sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab Majlis Daerah Kinabatangan kepada kakitangannya. Program diakhiri dengan jamuan makan.
Perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan, Tuan Ali Adam Bin Hj. Hamjah.
![]()
