Lagu Rasmi Majlis Daerah Kinabatangan
Demi amanah ikrar janji dan setia
Pada tumpah darahku Kinabatangan
Bakti dicurah menggapai cita-cita
Menabur jasa hingga ke puncak jaya
Sungai mengalir citra nusa
Menjadi saksi arusnya pembangunan
Berdiri seiring menuju wawasan
Daerah terbilang di seluruh negara
Berintegriti jadi budaya
Proaktif sepanjang masa
Profesionalisma pada semua
Demi Kejayaan
Pembangunan mapan cita utama
Harmoni bangsa kekal selamanya
Menjadi lambang daerah makmur
Tegak megah tiada tandingnya
Menjunjung tinggi perlembagaan negara
Rukun negara jadi pedoman
Bergerak laju kemas langkahmu
Majlis Daerah Kinabatangan
Oh! dihatiku Kinabatangan
![]()
