Hari Cuci Malaysia Sempena World Cleanup Day 2026

Sempena Sambutan Hari Cuci Malaysia 2026 peringkat kebangsaan hari ini, Majlis Daerah Kinabatangan (MDKtn) telah menganjurkan program gotong-royong pembersihan bertempat di kawasan Pasar Awam Kota Kinabatangan.

Program ini turut mendapat sambutan dan kerjasama yang sangat membanggakan daripada para peniaga Pasar Awam Kota Kinabatangan serta warga kerja MDK. Menerusi semangat gotong-royong ini, seramai 130 orang peserta telah turun padang bersama-sama memastikan kawasan persekitaran pasar berada dalam keadaan bersih, selesa, dan ceria.

Hasil usaha berganding bahu ini, sebanyak 223.7 kg sampah berjaya dikumpul dan dibersihkan.

Terima Kasih diucapkan kepada semua peniaga dan warga kerja yang telah mendedikasikan masa serta tenaga demi kebersihan bandar kita. Semoga usaha murni ini dapat memupuk kesedaran sivik yang tinggi dalam kalangan masyarakat kita terhadap kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal yang mampan.

Loading