Fungsi dan Peranan Majlis Daerah Kinabatangan

Pentadbiran

Memantapkan urus tadbir Majlis untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan. Bahagian pentadbiran terbahagi kepada 3 sektor iaitu :-

  • Sektor Aduan Pelanggan.
  • Sektor Sumber Manusia.
  • Sektor Penilaian Harta Dan Inventori.

Kewangan

Memantapkan sistem kewangan selaras dengan peraturan-peraturan berkuatkuasa dari masa ke semasa. Bahagian Kewangan terbahagi kepada 3 sektor iaitu:-

  • Sektor Pembayaran
  • Sektor Penilaian Harta
  • Sektor Hasil

Penguatkuasaan

Memastikan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis sentiasa dipatuhi dari masa ke semasa. Bahagian Penguatkuasaan terbahagi kepada 2 Sektor iaitu:-

  • Sektor Penguatkuasaan
  • Sektor Operasi

Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Bandar

Kesihatan Awam adalah luas dan menyerluruh untuk memastikan individu, keluarga dan masyarakat amnya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bahagian Kesihatan terbagai kepada 3 unit, iaitu unit premis makanan, tandas awam dan unit kawalan anjing liar. Manakala Perkhidmatan Bandar pula melaksana perkhidmatan perbandara yang cekap dan berkualiti bagi mewujudkan persekitaran yang selesa, harmoni dan sejahtera.

Pembangunan

Memastikan pelaksanaan projek-projek Pembangunan infrastruktur di dalam kawasan pentadbiran Majlis dibuat secara terancang dan teratur. Bahagian Pembangunan terbahagi kepada 3 sektor iaitu:-

  • Sektor Aduan
  • Sektor Pembangunan
  • Sektor Pusat Sehenti (One Stop Centre)

Loading

Skip to content