Gotong-royong Membersih Kawasan Pasar Tamu FAMA

Majlis Daerah Kinabatangan telah menganjurkan Program Gotong-Royong di Pasar Tamu FAMA, yang telah diketuai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Kinabatangan, En. Ben Nathan A/L Gobinathan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran kebersihan di kalangan peniaga pasar awam.

Aktiviti ini dilaksanakan setelah Pasar Tamu FAMA dikosongkan berikutan perpindahan semula para peniaga ke Pasar Awam Pekan Kota Kinabatangan, yang sebelum ini dinaik taraf dan sepanjang tempoh tersebut Pasar Tamu FAMA berkenaan telah digunakan sebagai lokasi operasi sementara para peniaga.

Program ini telah melibatkan kakitangan dari Bahagian Kesihatan dan Bahagian Pelesenan Majlis Daerah Kinabatangan serta beberapa orang peniaga pasar awam.

Loading

Skip to content