Program Hari Cuci Malaysia

Hari Cuci Malaysia (HCM) 2025 ialah program pembersihan mega seluruh negara yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena World Cleanup Day. Program ini berkonsepkan gotong-royong serentak di seluruh negara dengan fokus kebersihan, pengasingan sisa, dan pengumpulan minyak masak terpakai.

Majlis Daerah Kinabatangan tidak ketinggalan untuk turut serta menjayakan program ini. Aktiviti dimulakan dengan acara senamrobik dan zumba, diikuti dengan gotong-royong membersih kawasan di sekitar Pejabat Majlis Daerah Kinabatangan, Dewan Sri Lamag, Taman Awam Majlis Daerah Kinabatangan serta di beberapa buah kawasan rumah kedai sekitar Pekan Kota Kinabatangan, dan diakhiri dengan aktiviti mengumpul minyak terpakai.

Program ini telah dihadiri oleh semua kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan dan diketuai oleh Penolong Pegawai Eksekutif I Majlis Daerah Kinabatangan, YBrs. Tuan Ekxsan Hj. Mohammad.

Loading

Skip to content