Lawatan Sambil Belajar Ke Majlis Daerah Semporna

Satu program Lawatan Sambil Belajar ke Majlis Daerah Semporna telah diadakan pada 28 hingga 30 Disember 2025. Program ini bertujuan untuk menambah pengetahuan serta perkongsian pengalaman berkaitan pengurusan pihak berkuasa tempatan, khususnya dalam aspek pelesenan.

29 Disember 2025, peserta mengadakan lawatan ke beberapa pulau pelancongan utama di Semporna iaitu Pulau Sipadan, Pulau Mataking dan Pulau Timba-timba.

Pada sebelah malam, aktiviti riadah dan sukan telah diadakan bersama kakitangan Majlis Daerah Semporna di padang bolasepak dan gelanggan pickleball Kompleks Sukan Semporna bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak.

Seterusnya pada 30 Disember 2025, peserta mengadakan lawatan ke Majlis Daerah Semporna bagi menghadiri sesi taklimat yang disampaikan oleh Bahagian Pelesenan. Antara pengisian taklimat yang dibentangkan termasuk proses permohonan lesen operasi, proses permohonan permit serta kaedah penyelesaian masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti pelesenan.

Lawatan ini telah dihadiri oleh beberapa orang kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan dan diketuai oleh Penolong Pegawai Eksekutif I, Tuan Ekxsan Hj. Mohammad. Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi manfaat yang besar kepada semua peserta.

Loading

Skip to content