Majlis Pecah Tanah Bandar Baharu Seri Milian
Majlis pecah tanah Bandar Baharu Seri Milian, Kota Kinabatangan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.
Projek mega ini disifatkan sebagai pemangkin kepada pembangunan dan transformasi landskap Kinabatangan daripada daerah luar bandar kepada pusat pertumbuhan ekonomi baharu di Pantai Timur Sabah.
Antara kemudahan yang dirancang dalam projek ini adalah penyediaan pejabat kerajaan, perumahan, pusat kesihatan, pasar dan pelbagai kemudahan moden lain.
Pada hari ini juga, telah diadakan penyerahan geran deraf PANTAS untuk DUN Lamag dan DUN Sukau serta geran tanah Majlis Daerah Kinabatangan.
Majlis ini diadakan di Tapak Dataran Pekan Kota Kinabatangan dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais; Pegawai Daerah Kinabatangan/Pengerusi Majlis Daerah Kinabatangan, Tuan Willey Lampaki, Ahli-ahli Majlis Daerah Kinabatangan, Tuan Zuldahri Hj. Tujoh (Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan), Ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta wakil pemaju.
![]()
