Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 & Sambutan Hari Krismas 2025 Peringkat Majlis Daerah Kinabatangan
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 (APC) & Sambutan Hari Krismas 2025 Peringkat Majlis Daerah Kinabatangan telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang, dedikasi serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Majlis ini turut menjadi platform untuk mengiktiraf sumbangan berterusan kakitangan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
Dalam masa yang sama, Anugerah Khas Pegawai Eksekutif turut disediakan sebagai pengiktirafan kepada kakitangan terpilih yang menunjukkan dedikasi dan komitmen tinggi dalam perkhidmatan; penghargaan dan ucapan perpisahan turut diberikan kepada kakitangan yang akan berpindah ke jabatan lain sebagai tanda terima kasih atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.
Di samping itu, sambutan Hari Krismas 2025 yang diraikan bersama telah menyemarakkan semangat perpaduan, muhibah dan keharmonian dalam kalangan warga Majlis Daerah Kinabatangan. Majlis ini mencerminkan nilai kebersamaan serta budaya kerja yang positif, selari dengan aspirasi organisasi untuk terus maju dalam suasana saling menghormati dan bekerjasama.
Acara ini turut diserikan dengan pemberian hamper kepada kakitangan yang merayakan Hari Krismas serta hadiah kepada semua kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan.
Majlis ini telah diadakan di kawasan lapang Pejabat Majlis Daerah Kinabatangan dan telah dirasmikan oleh Pegawai Eksekutif, YBrs. Tuan Zuldahri Hj. Tujoh.
![]()
