Kunjungan Hormat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) Ke Majlis Daerah Kinabatangan
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Majlis Daerah Kinabatangan, baru-baru ini.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala, selain menjadi platform bagi sesi perbincangan strategik mengenai potensi pembangunan di daerah ini.
Delegasi SEDCO, yang diketuai oleh Tuan Muariffidin Chua telah disambut oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan, Tuan Ali Adam Hj. Hamjah bersama barisan kakitangannya.
Sesi kunjungan hormat ini diakhiri dengan lawatan turun padang ke beberapa tapak berpotensi untuk dibangunkan di sekitar Pekan Kota Kinabatangan dan Pekan Baharu Paris.
![]()
