Majlis Amanat Pegawai Eksekutif dan Iftar Ramadan 2026M/1447H
Telah berlangsung pada 12/03/2026 Majlis Amanat Pegawai Eksekutif yang disulami dengan majlis Iftar Ramadan 2026M/1447H. Majlis yang dihadiri oleh seluruh warga kerja ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hala tuju organisasi di samping meraikan kemuliaan bulan Ramadan.
Intipati Utama Majlis:
-
Amanat Strategik: Pegawai Eksekutif dalam ucapannya menekankan kepentingan kecemerlangan budaya kerja dan daya tahan organisasi mendepani cabaran ekonomi tahun 2026. Beliau menyeru agar setiap kakitangan mengekalkan momentum produktiviti dengan berpaksikan integriti yang tinggi.
-
Pengukuhan Ukhuwah: Majlis ini menjadi jambatan yang merapatkan jurang antara pihak pengurusan dan kakitangan. Suasana berbuka puasa yang harmoni mencerminkan semangat kekeluargaan yang menjadi teras kekuatan Jabatan.
-
Pengisian: Slot tazkirah ringkas bertajuk “Istimewanya Bulan Ramadan” yang di sampaikan oleh ustaz Mohammad Haniff bin Amir Beek Penolong Pegawai Unit Pendidikan Islam dari Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan.
![]()
