PEGAWAI EKSEKUTIF


Kepada semua pengunjung Laman Web Majlis Daerah Kinabatangan

Saya berharap dengan adanya laman web ini akan dapat memberi maklumat kepada semua khususnya warga Kinabatangan berkenaa Majlis Daerah Kinabatangan.

Melalui Laman Web ini, Majlis berharap dapat memperoleh maklum balas atau cadangan yang bernas daripada semua bagi mempertingkatkan perkhidmatan Majlis dan memajukan daerah Kinabatangan yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin menyeru kepada semua agar kita sama-sama menjayakan Visi Majlis “Ke arah menjadikan Majlis Daerah Kinabatangan sebuah pihak berkuasa tempatan yang unggul di negeri Sabah”

Sekian, terima kasih.