• No Tel: 089560101
  • No Faks: 089560109
  • Emel: webmaster.mdkbtg@sabah.gov.my

16 Zulkaedah 1444

LATAR BELAKANG

Majlis Daerah Kinabatangan ditubuhkan pada 01hb. Julai 1968 di bawah peruntukkan seksyen 3 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 melalui pewartaan ‘Kinabatangan District Council Instrument 1968’ (G.N.S 62 Tahun 1968). Pada awal penubuhannya, pejabat pentadbiran Majlis Daerah
Kinabatangan terletak di kawasan Pekan Bukit Garam sehingga ianya berpindah ke Pekan Kota Kinabatangan pada 20hb. November 1987.

Had dan bidang kuasa Majlis Daerah Kinabatangan menjangkaui seluruh kawasan Daerah Kinabatangan. Pada ketika ini, secara teknikal had dan bidang kuasa Majlis merangkumi keseluruhan Daerah Kinabatangan yang meliputi kawasan seluas kira-kira 1,077,569.01 hektar (2,662,731.01 ekar) sepertimana yang ditunjukkan dalam Pelan Bernombor 09150029. Daerah Kinabatangan terbahagi kepada dua (2) pelan iaitu Pelan Tempatan Kinabatangan dan Pelan Tempatan Sukau. Daftar Skim Perancangan iaitu Pelan Tempatan Kinabatangan yang meliputi kawasan seluas kira-kira 11,643.93 hektar (28,772.78 ekar) sepertimana yang ditunjukkan dalam Pelan Bernombor 09150030. Manakala Draf Skim Perancangan iaitu Pelan Tempatan Sukau yang meliputi kawasan seluar kira-kira 72.66 hektar (179.55 ekar) sepertimana yang ditunjukkan dalam Pelan Bernombor 09150031.