• No Tel: 089560101
  • No Faks: 089560109
  • Emel: webmaster.mdkbtg@sabah.gov.my

9 Ramadhan 1444

PIAGAM PELANGGAN

SEBAGAI USAHA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG CEKAP, TETAP DAN BERKESAN SECARA BERTERUSAN, KAMI WARGA KERJA MDKTN DENGAN PENUH ILTIZAM MEMBERI JAMINAN AKAN :

1.Mengambil tindakan membaiki kerosakan infrastruktur dan aset majlis dalam tempoh 24 jam dan tidak melebihi 1 bulan.

2.Melaksanakan kerja kutipan sampah domestik dan pembersihan awam dengan sempurna mengikut jadual yang ditetapkan.

3.Memproses dan membentangkan pelan pembangunan, pelan bangunan, pelan pengubahsuaian bangunan dan pelan pembahagian tanah dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan permohonan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat oleh majlis dan jabatan teknikal yang berkaitan.

4.Memproses dan meluluskan sijil menduduki dalam tempoh 24 jam masa bekerja dari tarikh permohonan diterima tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat oleh majlis dan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.

5.Meluluskan lesen majlis tidak berisiko dalam tempoh 7 hari memproses lesen berisiko dan industri dalam tempoh 70 hari bekerja.

6.Melayani pelanggan dengan mesra, profesional dan berintegriti. memberi maklumbalas aduan kepada pengadu dalam tempoh 7 hari bekerja.

7.Meluluskan baucar pembayaran kepada kontraktor/pembekal majlis dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap dari jabatan.

8.Memberi maklumbalas kelulusan penyewaan dewan dan sewaan peralatan keranian dalam 5 hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan.