Program Gotong Royong Raya Pekan Baharu Sukau
Majlis Daerah Knabatangan telah mengadakan Program Gotong-royong Raya di kawasan Pekan Baharu Sukau. Program ini diadakan sebagai usaha mempertingkatkan tahap kebersihan dan keceriaan persekitaran sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba.
Inisiatif ini telah dihadiri oleh kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan, wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan sekitar Sukau serta pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.
Penolong Pegawai Eksekutif I, Tuan Ekxsan Hj. Mohammad telah mengetuai dan menyelaras perjalanan aktiviti sepanjang program berlangsung. Aktiviti yang dijalankan adalah mengumpul dan melupus sampah di tepi jalan sekitar pekan.
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa, malah turut mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat. Semangat gotong-royong yang dipamerkan jelas mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kesejahteraan.
Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kerjasama ini terus berkekalan demi kesejahteraan Pekan Baharu Sukau pada masa hadapan.
![]()
