Rakan Lestari Program Komuniti Hijau

Program Komuniti Hijau, Rakan Lestari ini dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kinabatangan dengan kerjasama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) serta Sektor Landskap dan Kelestarian KKTP.

Taman Awam Pekan Kota Kinabatangan dipilih sebagai lokasi untuk pelaksanaan program ini. Beberapa agensi kerajaan turut terlibat dalam menjayakan program ini melalui pelaksanaan aktiviti pembersihan kawasan serta kerja-kerja mengecat pondok di Taman Awam Pekan Kota Kinabatangan.

Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Eksekutif I Majlis Daerah Kinabatangan, YBrs. Tuan Ekxsan Hj. Mohammad.

Loading

Skip to content