Sesi Libat Urus Dan Taklimat Pemindahan Semula Peniaga Pasar Awam Kota Kinabatangan
Satu sesi libat urus dan taklimat berkaitan pemindahan semula peniaga telah diadakan di Dewan Sri Lamag dengan kehadiran para peniaga Pasar Awam Kota Kinabatangan.
Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Eksekutif II Majlis Daerah Kinabatangan, Tuan Ekxsan bin Hj. Mohammad bagi memberi penerangan mengenai proses pemindahan, penempatan, serta garis panduan yang perlu dipatuhi.
Sesi ini turut membuka ruang perbincangan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dan kebajikan peniaga terus terpelihara.
![]()
