Sabah Landscape Architecture Festival (SLAF) 2025
Sabah Landscape Architecture Festival (SLAF) 2025 merupakan acara besar yang meraikan seni landskap, inovasi hijau, dan kreativiti peringkat negeri Sabah yang bertemakan “Dialogue With The Wind” telah diadakan di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.
Majlis Daerah Kinabatangan salah satu daripada 26 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah yang telah menyertai acara ini. Tujuan Majlis Daerah Kinabatangan turut serta dalam pertandingan ini adalah untuk mempamerkan kreativiti serta kepakaran dalam bidang seni bina landskap di samping menggalakkan amalan persekitaran yang lestari. Program ini turut menjadi platform untuk bertukar idea dan pengalaman antara PBT serta penggiat landskap dari seluruh negeri Sabah.
Pelbagai program menarik diadakan untuk komuniti dan peminat landskap, termasuk:
- Pameran & Pertandingan: Exposcape, pameran taman dari semua pihak berkuasa tempatan seluruh Sabah, dan pertandingan landskap.
- Rekreasi & Sukan: Atmos Fun Run (5KM), Cyclescape Ride, dan Kids Bubblescape.
- Kesenian & Cahaya: Lartscape dan pameran Beach Lightscape.
- Gaya Hidup & Jualan: Foodscape (trak makanan), Jualan Rahmah MADANI, serta bengkel kreatif (The Maker’s Workshop).
- Kelestarian: Kempen “No Single Use Plastic” dan sudut Recycle & Reward.
Program ini dianjurkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah dengan kerjasama Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM).
![]()
