Sukan Tahunan MDKTN 2025

Sukan Kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan 2025 ini telah dianjurkan oleh Majlis Bersama Jabatan bersama Kelab Sukan & Rekreasi Majlis Daerah Kinabatangan. Tujuan sukan ini dibuat adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan Majlis Daerah Kinabatangan.

Seramai 102 kakitangan telah dibahagikan kepada 4 pasukan, iaitu pasukan Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Hijau dan Rumah Kuning untuk merebut kejuaraan anjuran kali pertama ini.

Beberapa jenis sukan telah dipertandingkan dan pasukan Rumah Merah telah menduduki tempat pertama. Tempat kedua dimenangi oleh Rumah Kuning, diikuti oleh Rumah Biru dan rumah kuning di tempat terakhir.

Acara ini telah diadakan di Padang Bolasepak Majlis Daerah Kinabatangan dan telah dihadiri oleh beberapa orang Ahli Majlis.

Kejohanan sukan ini telah dirasmikan oleh Naib Pengerusi Majlis Daerah Kinabatangan, Puan Suhaila bte Mohd. Jukin.

Loading

Skip to content