Taklimat Kesihatan Kepada Peniaga Bazar Ramadan

Satu sesi taklimat kesihatan kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadan telah diadakan oleh Majlis Daerah Kinabatangan di Dewan Sri Lamag.

Taklimat tersebut dibuat untuk memberi pemahaman kepada peniaga tentang kaedah pengendalian makanan yang semasa menyedia dan menjual makanan di Bazar Ramadan.

Selain itu, peniaga juga telah diterangkan tentang pematuhan syarat berniaga yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Kinabatangan (Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan), PKPP En. Sabre bin Sahelin, dari Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Kawasan Kinabatangan, Penolong Pegawai Penguat Kuasa, En. Mahali bin Salleh serta Pegawai Pelesenan, En. Mohd. Raqib bin Kamal, yang mewakili Majlis Daerah Kinabatangan.

Loading

Skip to content