Majlis Serah Tugas Pegawai Eksekutif
Majlis Serah Tugas Pegawai Eksekutif telah berlangsung di Pejabat Daerah Kinabatangan yang melibatkan penyerahan tugas oleh En. Zuldahri bin Hj. Tujoh kepada En. Ali Adam bin Hj. Hamjah. Majlis telah disaksikan oleh Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Majlis Daerah Kinabatangan, En. Suhaime @ Suhaimi bin Ejip. Turut hadir bersama semasa majlis berkenaan adalah Penolong Pegawai Eksekutif I, En. Mohd. Ekxsan bin Hj. Mohammad dan Penolong Pegawai Eksekutif II, En. Azrin bin Hairin.
Sesi Libat Urus Dan Taklimat Pemindahan Semula Peniaga Pasar Awam Kota Kinabatangan
Satu sesi libat urus dan taklimat berkaitan pemindahan semula peniaga telah diadakan di Dewan Sri Lamag dengan kehadiran para peniaga Pasar Awam Kota Kinabatangan.
Gotong-royong Membersih Kawasan Pasar Tamu FAMA
Majlis Daerah Kinabatangan telah menganjurkan Program Gotong-Royong di Pasar Tamu FAMA, yang telah diketuai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Kinabatangan, En. Ben Nathan A/L Gobinathan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran kebersihan di kalangan peniaga pasar awam.
Sambutan Nisfu Syaaban 2026 Peringkat Majlis Daerah Kinabatangan
Sambutan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Kuamut, Majlis Daerah Kinabatangan dengan penuh kesederhanaan dan penghayatan. Program telah dihadiri oleh kakitangan Majlis Daerah sebagai pengisian rohani serta usaha memperkukuh ukhuwah sesama warga kerja.
Taklimat Kesihatan Kepada Peniaga Bazar Ramadan
Satu sesi taklimat kesihatan kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadan telah diadakan oleh Majlis Daerah Kinabatangan di Dewan Sri Lamag.
![]()





